Selamat Datang Blog Unit ICT SMK SANDAKAN II

BERITA-BERITA MENARIK

Bagaimana Menambah Sokongan Desktop Maya Pada Windows?

 

Pada Linux, sokongan desktop maya didatangkan terbina, sekaligus memudahkan para pengguna menguruskan kerja dan pelbagai tetingkap yang dibuka dengan mudah. Para pengguna Windows, turut sama boleh mengambil peluang menggunakan fungsi ini melalui aplikasi percuma yang dinamakan Dexpot.Baca Lagi

 

 

PowerPoint 2013 Membolehkan Dokumen Dieskport Ke Dalam Video Berformat MPEG-4

 

Sama seperti pada Word 2013, PowerPoint 2013 turut sama membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, dimana selain daripada kebolehan untuk menyertakan video dalam persembahan, ia turut sama didatangkan dengan kebolehan mengeksport kepada video dengan format MPEG-4.Baca Lagi

 

Bagaimana Menaip Persamaan Matematik Dengan Mudah Dan Pantas?

 

Ketika melakukan beberapa laporan berkaitan Matematik semasa belajar suatu ketika dahulu, salah satu perkara yang agak sukar adalah untuk melakukan penyertaan formula dan juga persamaan Matematik ke dalam dokumen. Perkara ini biasanya adalah disebabkan kekurangan sokongan pada beberapa text editor. Namun, perkara tersebut kini boleh dimudahkan melalui aplikasi Daum Equation Editor.Baca Lagi

 

Komunikasi berasaskan teks

1. E-mel (mel elektronik)

2. Perbincangan dalam kumpulan (News Group)

3. Internet Relay Chat (IRC)

 

 

Top 5 Virus

  1. W32/OnLineGames.RYH Trojan
  2. W32/Agent.Enu.Dropper Trojan
  3. W32/AutoIt.AA Trojan
  4. W32/AntiMalware2009 Trojan
  5. W32/Delf.DGY.Downloader Trojan

 

 

Kepada warga smk sandakan II, jika ada berlaku kerosakkan peralatan ICT sila laporkan ke unit helpdesk SMK Sandakan II dengan mengisikan borang yang disediakan. Laporan ini di buat untuk memudahkan pihak unit helpdesk memantau kerosakan peralatan ICT. Hanya peralatan ICT sekolah sahaja yang boleh membuat laporan. jika Hendak membuat laporan sila pergi ruangan pautan dan klik pada Link Unit HelpDesk SMK Sandakan II . Harap pihak warga SMK Sandakan II bekerjasama. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih

Apakah Itu Pengecasan Tanpa Wayar?

>> Tuesday, December 11, 2012

Pengecasan tanpa wayar, ataupun lebih dikenali dalam terma berbahasa Inggeris – wireless charging semakin popular akhir-akhir ini, dengan lebih banyak peranti baru, seperti Lumia 920, Galaxy S3 dan beberapa yang lain membawakan sokongan untuknya.



Bagaimanakah Ia Berfungsi?
Pengecasan tanpa wayar ini, ataupun lebih dikenali sebagai “pengecasan secara induktif” merupakan proses mengecas peranti tanpa memerlukan anda menghubungkan wayar padanya, tetapi sebaliknya hanya meletakkan ia di atas stesen pengecasan.
Fungsi ini bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah diperkenalkan jauh sebelum ini, termasuk pada telefon pintar Palm. Namun, akhir-akhir ini, kelihatan ramai pengeluar bersedia untuknya, dan mula memperkenalkan sokongan tersebut kepada peranti keluaran mereka.
Stesen pengecasan ini biasanya akan menggunakan medan elektromagnetik dalam menghantar tenaga kepada sesebuah objek yang boleh menerimanya melalui gegelung induktif pada peranti tersebut.
Buat masa ini, teknologi pengecasan induktif ini hanya menyokong penghantaran tenaga pada jarak yang singkat, sekadar beberapa milimeter sahaja.
Disebabkan ini, maka peranti perlu diletakkan di atas stesen pengecasan untuk proses mengecas, dan mungkin kadang-kala mengambil masa yang lebih lama berbanding kebiasaan, menjadikan ia kurang efisyen berbanding menggunakan sambungan fizikal seperti sedia ada.

Piawaian Untuk Pengecasan Induktif – Qi
Sehingga kini, teknologi pengecasan tanpa wayar tidak mempunyai piawaian yang tetap, menjadikan setiap pengeluar menggunakan piawaian yang berbeza-beza. Namun, pada tahun ini, ia telah dibincangkan dan diperkenalkan sebagai Qi untuk piawaian dalam pengecasan tanpa wayar ini.
Antara pengeluar peranti yang menggunakan piawaian Qi ini adalah termasuk HTC, Huawei, LG, Motorola, Nokia, Samsung dan juga Sony.
Melaluinya, mereka menetapkan yang mana jarak antara dua gegelung (penerima dan penghantar) adalah sekitar 5mm, dan mungkin boleh dibangunkan sehingga jaraknya mencapai 40mm.
Masa Depan Pengecasan Tanpa Wayar
Memandangkan lebih banyak peranti yang mula menyokongnya akhir-akhir ini, ia menjadikan sesetengah pengeluar membuat kerjasama dengan pihak kafe, kedai makan dan sebagainya, dalam menyediakan pusat pengecasan induktif pada meja makan dan sebagainya. Namun, di Malaysia, perkara ini masih belum bermula sepenuhnya lagi, tetapi mungkin akan berlaku dalam setahun dua lagi.
Pada masa yang sama, kajian juga sedang dilakukan dalam membolehkan tenaga pengecasan dihantar pada jarak yang lebih jauh, dan jumlah tenaga yang dihantar lebih banyak daripada sedia ada, menjadikan peranti boleh dicaj dengan mudah pada jarak yang jauh.
Walaupun ia mungkin akan mengambil masa yang agak lama sebelum teknologi ini berjaya sepenuhnya, namun dengan langkah-langkah awal ini, mungkin kita dapat melihat teknologi untuk mengatasi jangka hayat bateri yang singkat dengan pengenalan sokongan pengecasan tanpa wayar kemana-mana jua kita pergi.

sumber : amanz.my


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP