Menyingkirkan Malware Secara Manual
>> Monday, September 27, 2010
Artikel sebelum ini (Mengenal Ancaman Siber: BOTNET) menjelaskan tentang bahayanya bot atau botnet yang mana ianya adalah sebahagian daripada malware. Langkah-langkah proaktif iaitu langkah pencegahan juga telah diperjelaskan.
Namun begitu, bagaimana sekiranya komputer anda telah dijangkiti malware dan perisian pengesanan kewujudan malware hanya mampu mengesan tetapi tidak dapat menyahkan malware tersebut? Sesetengahnya pula langsung tidak dapat mengesan kewujudan malware tersebut. Isu ini sering terjadi, seterusnya komputer anda masih lagi mengalami masalah masa pemprosesan yang lambat, penggunaan memori komputer yang tinggi yang menyebabkan tugas seharian terganggu dan ini berkemungkinan menyebabkan seluruh rangkaian ICT organisasi dijangkiti malware.
Malware terdiri daripada pelbagai perisian perosak yang berbeza seperti adware, spyware, viruses, worm dan yang terkini botnet. Setiap satunya berkongsi satu objektif iaitu akses ke dalam sistem seterusnya menyebabkan masalah sistem pengoperasi dan juga kecurian maklumat.
Tanda-tanda Jangkitan
Sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, malware akan melambatkan fungsi sistem pengoperasian. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan lain yang memungkinkan komputer dijangkiti malware seperti:
* Wujudnya fail atau program yang tidak dikenali;
* Pengguna menghadapi kegagalan apabila cuba melayari laman web www.microsoft.com atau laman web anti virus;
* Terdapatnya beberapa direktori pada Windows Explores tetapi direktori tersebut tidak dapat diakses atau dibuka; dan
* Perisian browser seperti Internet Explorer atau Firefox membuka (pop-up) iklan-iklan yang tidak diingini.
more