BERITA-BERITA MENARIK
Apakah Itu Pengecasan Tanpa Wayar?
Pengecasan tanpa wayar, ataupun lebih dikenali dalam terma berbahasa Inggeris – wireless charging semakin popular akhir-akhir ini, dengan lebih banyak peranti baru, seperti Lumia 920, Galaxy S3 dan beberapa yang lain membawakan sokongan untuknya.
Bagaimanakah Ia Berfungsi?
Pengecasan tanpa wayar ini, ataupun lebih dikenali sebagai “pengecasan secara induktif” merupakan proses mengecas peranti tanpa memerlukan anda menghubungkan wayar padanya, tetapi sebaliknya hanya meletakkan ia di atas stesen pengecasan.
Fungsi ini bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah diperkenalkan jauh sebelum ini, termasuk pada telefon pintar Palm. Namun, akhir-akhir ini, kelihatan ramai pengeluar bersedia untuknya, dan mula memperkenalkan sokongan tersebut kepada peranti keluaran mereka.
Stesen pengecasan ini biasanya akan menggunakan medan elektromagnetik dalam menghantar tenaga kepada sesebuah objek yang boleh menerimanya melalui gegelung induktif pada peranti tersebut.
Buat masa ini, teknologi pengecasan induktif ini hanya menyokong penghantaran tenaga pada jarak yang singkat, sekadar beberapa milimeter sahaja.
Disebabkan ini, maka peranti perlu diletakkan di atas stesen pengecasan untuk proses mengecas, dan mungkin kadang-kala mengambil masa yang lebih lama berbanding kebiasaan, menjadikan ia kurang efisyen berbanding menggunakan sambungan fizikal seperti sedia ada.
Piawaian Untuk Pengecasan Induktif – Qi
Sehingga kini, teknologi pengecasan tanpa wayar tidak mempunyai piawaian yang tetap, menjadikan setiap pengeluar menggunakan piawaian yang berbeza-beza. Namun, pada tahun ini, ia telah dibincangkan dan diperkenalkan sebagai Qi untuk piawaian dalam pengecasan tanpa wayar ini.
Antara pengeluar peranti yang menggunakan piawaian Qi ini adalah termasuk HTC, Huawei, LG, Motorola, Nokia, Samsung dan juga Sony.
Melaluinya, mereka menetapkan yang mana jarak antara dua gegelung (penerima dan penghantar) adalah sekitar 5mm, dan mungkin boleh dibangunkan sehingga jaraknya mencapai 40mm.
Masa Depan Pengecasan Tanpa Wayar
Memandangkan lebih banyak peranti yang mula menyokongnya akhir-akhir ini, ia menjadikan sesetengah pengeluar membuat kerjasama dengan pihak kafe, kedai makan dan sebagainya, dalam menyediakan pusat pengecasan induktif pada meja makan dan sebagainya. Namun, di Malaysia, perkara ini masih belum bermula sepenuhnya lagi, tetapi mungkin akan berlaku dalam setahun dua lagi.
Pada masa yang sama, kajian juga sedang dilakukan dalam membolehkan tenaga pengecasan dihantar pada jarak yang lebih jauh, dan jumlah tenaga yang dihantar lebih banyak daripada sedia ada, menjadikan peranti boleh dicaj dengan mudah pada jarak yang jauh.
Walaupun ia mungkin akan mengambil masa yang agak lama sebelum teknologi ini berjaya sepenuhnya, namun dengan langkah-langkah awal ini, mungkin kita dapat melihat teknologi untuk mengatasi jangka hayat bateri yang singkat dengan pengenalan sokongan pengecasan tanpa wayar kemana-mana jua kita pergi.
sumber : amanz.my
Read more...
Aplikasi Yahoo! Mail Untuk Windows 8 Dan iOS Sedia Untuk Dimuat-Turun
Walaupun terdapat aplikasi Mail terbina pada Windows 8, ia tidak menghentikan penyedia perkhidmatan emel hadir dengan aplikasi mereka tersendiri, dimana terkini Yahoo! Mail telah pun melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna Windows 8 dan juga iOS.
Untuk versi Windows 8, seperti tawaran pada web, ia membawakan antaramuka yang kemas dan dioptimasikan untuk Windows 8 dan Windows RT, membolehkan para pengguna menghantar, membaca dan melihat emel-emel terkini dengan mudah melaluinya. Pelbagai fungsi didatangkan terbina, termasuk sokongan carian menggunakan CharmBar.
Samsung Memperlihatkan Fungsi Baru Pada Kemaskini Premium Suite Untuk Galaxy S3
Selain daripada kemaskini Jelly Bean baru-baru ini untuk Samsung Galaxy S3, kini Samsung turut sama telah mula memperkenalkan kemaskini dengan nama Premium Suite, membawakan beberapa fungsi tambahan yang menarik untuk para pengguna Galaxy S3.
Daripada kemaskini Premium Suite ini, ia membawakan beberapa fungsi baru, seperti;
- Page Buddy – menjadikan peranti anda bertindak pintar bergantung kepada tindakan anda, seperti menghubungkan aksesori dan sebagainya.
- Contextual Menu – Membolehkan anda melihat aplikasi yang paling kerap anda gunakan apabila melihat menu aplikasi, sekaligus memudahkan anda memilih apa yang sepatutnya.
- Multi Windows – Salah satu fungsi yang popular pada Galaxy Note 2, membolehkan anda menggunakan dua aplikasi berbeza pada waktu yang sama.
- Facebook Lock Ticker – Membolehkan pengguna melihat kemaskini semasa Facebook terus pada skrin kunci.
- Paper Artist – Membolehkan anda mengubah gambar mengikut kegemaran anda.
- Low Light Shot – Membolehkan gambar dirakamkan di tempat-tempat gelap.
- …dan beberapa yang lain seperti Sound Balance, Camera Easy Snap, Easy Mode, Reader Mode, Auto Share (NFC), dan lain-lain.
>> Thursday, June 14, 2012
Sesiapa ingin muat turun video majlis perpisahan guru pada may 2012 boleh la muat turun disini
video perpisahan Part1
http://hotfile.com/dl/157046613/5fcc9e0/perpisahan1.part1.rar.html
video perpisahan Part2
http://hotfile.com/dl/159694148/da5fd03/perpisahan1.part2.rar.html
video perpisahan Part3
http://hotfile.com/dl/159723305/24e1f49/perpisahan1.part3.rar.html
Cara-caranya
Muat turun ketiga-tiga part video ini kemudian extract file Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)