Windows 8 boot dengan pantas
>> Friday, September 9, 2011
Setelah memperkenalkan beberapa fungsi baru pada Windows 8, hari ini Microsoft memperlihatkan fungsi boot secara hybrid yang akan didatangkan bersama-sama sistem operasi generasi akan datang mereka, memperlihatkan peningkatan antara lebih 30% hingga 70% berbanding sistem operasi Windows 7. Melalui fungsi hybrid boot baru pada Windows 8 kelak, ianya menggunakan kedua-dua kelebihan yang terdapat pada fungsi Shutting Down dan hanya mematikan sistem buat sementara sahaja, dan bukannya mematikan sistem Windows sepenuhnya. Microsoft turut mengatakan yang mana untuk mematikan secara penuh sistem operasi Windows, para pengguna boleh menggunakan fungsi command dengan menaip “shutdown /full”. Mungkin kita akan ketahui lebih banyak perkara berkaitan perkara ini pada minggu hadapan pada acara BUILD yang akan bermula pada 13 September kelak.
Published with Blogger-droid v1.7.4