Selamat Datang Blog Unit ICT SMK SANDAKAN II

BERITA-BERITA MENARIK

Bagaimana Menambah Sokongan Desktop Maya Pada Windows?

 

Pada Linux, sokongan desktop maya didatangkan terbina, sekaligus memudahkan para pengguna menguruskan kerja dan pelbagai tetingkap yang dibuka dengan mudah. Para pengguna Windows, turut sama boleh mengambil peluang menggunakan fungsi ini melalui aplikasi percuma yang dinamakan Dexpot.Baca Lagi

 

 

PowerPoint 2013 Membolehkan Dokumen Dieskport Ke Dalam Video Berformat MPEG-4

 

Sama seperti pada Word 2013, PowerPoint 2013 turut sama membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, dimana selain daripada kebolehan untuk menyertakan video dalam persembahan, ia turut sama didatangkan dengan kebolehan mengeksport kepada video dengan format MPEG-4.Baca Lagi

 

Bagaimana Menaip Persamaan Matematik Dengan Mudah Dan Pantas?

 

Ketika melakukan beberapa laporan berkaitan Matematik semasa belajar suatu ketika dahulu, salah satu perkara yang agak sukar adalah untuk melakukan penyertaan formula dan juga persamaan Matematik ke dalam dokumen. Perkara ini biasanya adalah disebabkan kekurangan sokongan pada beberapa text editor. Namun, perkara tersebut kini boleh dimudahkan melalui aplikasi Daum Equation Editor.Baca Lagi

 

Komunikasi berasaskan teks

1. E-mel (mel elektronik)

2. Perbincangan dalam kumpulan (News Group)

3. Internet Relay Chat (IRC)

 

 

Top 5 Virus

  1. W32/OnLineGames.RYH Trojan
  2. W32/Agent.Enu.Dropper Trojan
  3. W32/AutoIt.AA Trojan
  4. W32/AntiMalware2009 Trojan
  5. W32/Delf.DGY.Downloader Trojan

 

 

Kepada warga smk sandakan II, jika ada berlaku kerosakkan peralatan ICT sila laporkan ke unit helpdesk SMK Sandakan II dengan mengisikan borang yang disediakan. Laporan ini di buat untuk memudahkan pihak unit helpdesk memantau kerosakan peralatan ICT. Hanya peralatan ICT sekolah sahaja yang boleh membuat laporan. jika Hendak membuat laporan sila pergi ruangan pautan dan klik pada Link Unit HelpDesk SMK Sandakan II . Harap pihak warga SMK Sandakan II bekerjasama. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih

Tips tingkatakan liputan wireless

>> Tuesday, September 6, 2011

Seperti yang sedia maklum, hampir setiap orang hari ini mempunyai komputer riba atau peranti pintar seperti telefon bimbit dan komputer tablet yang juga turut menyokong akses ke rangkaian tanpa wayar. Namun, selain faktor keselamatan, terdapat beberapa masalah yang mungkin dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan perkhidmatan rangkaian tanpa wayar.

Antara beberapa masalah yang dikenalpasti termasuklah akses kepada titik capaian yang lemah, sambungan acap kali terputus dan tergendala, dan kawasan penggunaan diluar liputan isyarat wayarles. Untuk mengatasi masalah ini, jom ikuti beberapa tips yang ingin dikongsi dan mungkin boleh dijadikan panduan kepada pembaca untuk meningkatkan kualiti gelombang titik capaian wayarles.

Sentral

Pastikan lokasi pemancar wayarles anda berada di tengah-tengah kawasan penggunaan. Hal ini kerana, apabila pemancar diletakkan di tengah-tengah kawasan penggunaan, liputan akan dibahagikan secara sama rata kepada semua bahagian. Selain itu, elakkan juga meletakkan pemancar wayarles anda bersebelahan dengan dinding yang menghala ke luar kawasan penggunaan, hal ini bagi mengurangkan risiko pencerobohan isyarat wayarles oleh pengguna luar.

Posisi Antena Pemancar

Liputan gelombang yang dihantar oleh pemancar wayarles akan dikeluarkan secara menjajar mengikut radius yang disokong oleh frekuensi gelombang. Oleh yang demikian, adalah menjadi amat penting untuk anda menetapkan antena anda dalam posisi menegak dan bukan dalam keadaan condong atau melintang.

Selain dari itu, anda juga boleh mengubahsuai antena pada peranti pemancar wayarles dengan penggunakan antena jenis high-gain yang hanya memancarkan gelombang pada satu hala sahaja.

Ketinggian Pemancar

Pernahkan anda melihat di kawasan-kawasan penggunaan awam seperti lapangan terbang atau kafeteria yang mana pemancar wayarles diletakkan setinggi mungkin dan berdekatan dengan siling premis? Ini kerana, ketinggian pemancar dapat membantu dalam mengoptimumkan gelombang liputan. Pemancar tidak harus diletakkan didalam ruangan tertutup seperti alamari dan rak.

Sekiranya kawasan penggunaan anda merupakan premis bertingkat (rumah teres atau banglo), anda digalakkan meletakkan pemancar anda pada ruangan tangga rumah. Hal ini bagi membolehkan gelombang dihantar sama rata kepada kedua-dua aras premis.

Gangguan Liputan

Elakkan meletakkan pemancar wayarles anda berdekatan dengan peralatan berfrekuensi tinggi seperti televisyen, telefon tanpa wayar (cordless-phone), oven mikro dan peralatan besi, kaca serta peralatan yang menggunakan tenaga elektrik dengan banyak seperti peti sejuk.

Hal ini kerana, peralatan tersebut berupaya untuk mengurangkan atau menghalang gelombang liputan wayarles daripada menembusinya. Maka, adalah amat digalakkan peralatan diatas diletakkan sejauh mungkin dengan pemancar wayarles.

Konfigurasi Pemancar

Jika kesemua tindakan telah dilaksanakan, tetapi keupayaan titik capaian wayarles masih belum memuaskan, pengguna disarankan untuk mengemaskini firmware pemancar dan melakukan konfigurasi sendiri pada pemancar (seperti penukaran saluran (channel) dan menambah baikan kuasa sesaran (TX-boost) pemancar).

Sekian untuk kali ini. Diharapkan agar tips-tips yang dikongsikan dapat meningkatkan lagi keupayaan pemancar wayarles anda. Pada masa akan datang, ketahui tips untuk berkongsi tetapan Internet jalur lebar anda dengan lebih mudah dan cepat.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP